maksudnya - Daripada Amirul Mukminin Umar Al-Khatab r.a., beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya :- Sesungguhnya amalan perbuatan itu adalah (berdasarkan) kepada niat-niat. Sesungguhnya untuk setiap lelaki itu apa diniatkannya (ia akan memperolehinya). Oleh yang demikian, barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya adalah untuk Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang berhijrah untuk mendapatkan keuntungan dunia maka ia akan memperolehinya dan barangsiapa yang berhijrah untuk mengahwini seorang wanita maka ia akan mengahwininya. Yang demikian itu hijrahnya adalah bergantung kepada apa (kerana apa) penghijrahan itu dilakukan - dipersetujui oleh Al-Bukhary dan Muslim di atas kesahihannya
note - dipetik dari buku yang bertajuk '6 Prinsip dan Amalan Salafussoleh' karangan As Syeikh Zainul Abidin Al-Uzma (penterjemah oleh Abul Khairy Al Lufti)
0 comments:
Post a Comment