Di dalam kitab "Hukmul lihya fil Islam" yang dinukilkan daripada Ibnu Hibban, hadith yang berikut ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. (yang bermaksud), "Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "di antara fitrah (deen) Islam, ialah mengerat misai dan memanjangkan janggut kerana sesungguhnya orang-orang Majusi memanjangkan misai mereka dan mengerat janggut, berbezalah kamu daripada mereka dengan mengerat misai kamu dan memanjangkan janggut-janggut kamu."
keterangan dari pengarang ;-
Di dalam hadith ini Rasulullah s.a.w. telah mengisyaratkan bahawa memelihara janggut adalah satu syarat yang asas daripada Islam dan telah menyatakan bahawa mencukur janggut itu sebagai satu simbol daripada orang-orang Majusi (iaitu penyembah-peyembah api).
Sebuah hadith yang masyhur diriwayatkan bahawa "barangsiapa menyerupai sesuatu kaum akan dianggap sebagai mereka". Sebab itulah Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan kita supaya bertentangan (berbeza) dengan orang-orang Majusi. Jelaslah bahawa memelihara janggut adalah satu perintah dalam Islam dan kesemua para Anbia 'alaihumussalam tanpa terkecuali bersetuju di atas perkara ini. sebagaimana yang telah disebut dalam hadith yang pertama.
Maka kepada mereka yang mempunyai pendapat yang salah iaitu bahawa menyimpan janggut itu adalah adat bagi orang-orang Arab adalah sama sekali tidak benar di dalam penegasan mereka itu dan hujjah mereka tidaklah berasas sedangkan Rasulullah s.a.w. memerintahkannya (yakni menyimpan janggut).
Semoga Allah s.w.t. melalui rahmat dan kemurahanNya menunjuki kita semua agar dapat beramal menurut pengajaran Rasulullah s.a.w. dan juga memberi kekuatan kepada kita agar dilindungi daripada melakukan amalan-amalan yang salah.
note - disalin semula dari buku karangan Sheikh Maulana Zakariyya Khandalawi rah. yang bertajuk 'Janggut dan Kepentingannya' terjemahan Abdul Aziz bin Abdul Hamid. Pada akhir muka surat tertulis tarikh 5 Safar 1316 Hijrah - Madinah Munawwarah (wow!...tahun berapa tu?...macam dah beratus tahun jer?)
0 comments:
Post a Comment