September 25, 2011

Kisah KeIslaman Addas Seorang Nasrani


apabila Utbah dan Syaibah melihat akan keadaan Rasulullah (s.a.w.) yang luka parah tersebut, timbul pula perasaan belas kasihan di dalam hati ke dua mereka. lalu mereka menyuruh hamba mereka, seorang Nasrani (Kristian) yang dipanggil Addas supaya membawa tangkaian anggur kepada Rasulullah (s.a.w.) supaya dimakan oleh Baginda (s.a.w.)

apabila Addas meletakkan anggur itu di hadapan Rasulullah (s.a.w.) dan meminta Baginda supaya memakannya,  Rasulullah (s.a.w.) telah membacakan  بسم الله (Dengan Nama Allah) sebelum menjamah anggur tersebut.

Addas melihat akan perbuatan Rasulullah (s.a.w.) lalu beliau berkata, "Demi Allah, perkataan yang diucapkanya itu bukanlah perkataan biasa yang dituturkan oleh penduduk di tempat ini (yakni Ta'if)"

Rasulullah (s.a.w.) telah bertanya kepada Addas, "dari manakah asal kamu? apakah agama kamu?". jawab Addas, "aku seorang Nasrani dan berasal dari Ninawa".

Rasulullah (s.a.w.) telah bertanya kepadanya meminta kepastian, "dari kampung seorang lelaki soleh bernama Yunus bin Matta (a.s)?"

Addas bertanya pula kepada Rasulullah (s.a.w.), "apakah yang engkau ketahui mengenai Yunus bin Matta (a.s)?"

jawab Rasulullah (s.a.w.). "beliau adalah seorang Nabi dan aku juga seorang Nabi"

lantaran itu Addas menundukkan badannya kepada Rasulullah (s.a.w.) lalu mencium kepala, kedua tangan dan kaki Baginda. Salah seorang anak Rabi'ah (samada Utbah atau Syaibah) telah berkata kepada yang lain, "ada pun Muhammad (s.a.w.) itu telah merosakkan kesetiaan hambamu kepada kamu"

apabila Addas kembali kepada mereka, keduanya seraya bertanya kepada Addas, "apakah yang menyebabkan engkau mencium kepala lelaki itu serta kedua tangan dan kakinya?"

kata Addas, "wahai tuanku, tidak ada sesuatu pun yang terlebih baik di atas muka bumi ini dari apa yang telah diberitahu oleh lelaki itu kepadaku mengenai sesuatu urusan yang tidak diketahui oleh sesiapa pun melainkan seorang Nabi"

kedua-dua telah berkata kepada Addas, "celaka kamu, ya Addas!, jangan lah kamu berpaling dari agama mu kerana sesungguhnya agama kamu adalah lebih dari agamanya" sebagaimana di dalam kitab Al-Bidayah

Telah dinukilkan oleh Sulaiman At-Taimimi (r.a.) dalam kitab sirahnya bahawa Addas (r.a.) telah berkata kepada Rasulullah (s.a.w.), "Sesungguhnya aku bersaksi bahawa engkau adalah hamba Allah dan RasulNya"

p/s - kisah ini adalah ditaip balik oleh saya dari salah satu kisah-kisah dalam buku yang bertajuk Hayatus Sahabah (Kisah Kehidupan Para Sahabat - jilid 2 - karangan Syeikh Muhammad Yusof (r.a.) - terjemahan dari kitab asal berbahasa Urdu oleh Abul Khairy Al-Latifi


note - ini ialah kisah selepas kedatangan Rasulullah ke Ta'if dan Baginda telah dilontar dengan batu oleh penduduk-penduduk sana di awal kedatangan Islam dan Yunus bin Matta yang dikhabarkan oleh Baginda ialah Nabi Yunus (a.s.) yang masyhur dengan kisah Nabi yang ditelan oleh ikan itu.

0 comments: